Social Icons

Pages

Monday, April 9, 2012

Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah)


First cite yang nak tulis adalah tentang lawatan ke bukit cerakah bersama member2 rumah sewa dan juga adik sendiri pada tahun lepas. Xdelah jauh sangat bukit cerakah daripada rumah kitorang, Cuma 10 minit je naik motorsikal. kami semua bangun pagi seawal yang mungkin, xde prepare ape2 pon.haha. matahari baru nak kuar n cuaca nampak baik ari tu.


VIew daripada Pangsapuri Baiduri

Kitorang pergi berempat dan hanya berempat.lol. Tempat kitorang nak tuju ni nama rasminya Taman Botani Negara Shah Alam xp kitorang panggil bukit cerakah je, senangkan. Nak tau apa ada kat sini bleh check web rasmi diorang http://www.tbnsa.gov.my. Banyak aktiviti2 lain yang diorang sediakan seperti untuk lawatan pelajar2 sekolah, jungle tracking, paintball, memancing, rumah 4 musim, berkhemah, beriadah dan banyak lagi. sape2 yang xpernah pergi leh check sendiri n bawaklah family n kawan2 guaranty best.  Bas pon diorang sediakan untuk ronda2 makan angin dalam tu. Disebabkan kitorang ni lelaki, nak tunjuk macho la kan dengan awek2s kat situ, so kitorang pon sewa lah basikal dengan kad pengenalan sebagai cagaran. Lepas pakai baru bayar, caj ikut jam. kitorang pergi hari sabtu, ingatkan xlah ramai orang xp disebabkan hujung minggu, ramai la budak2 sekolah datang dengan menaiki bas. So nak xnak kitorang dah sampai, kenelah masuk. Nak sewa basikal pon beratur panjang. Ada la dalam setengah jam sebelum kitorang memulakan perjalanan. Mula2 tu memang rase excited coz dah lama xpergi. Pegi tengok burung, kura2, kuda n banyak lagi.





So sambil2 ambil gambar binatang2 yang ada kitorang pon snap la gambar sendiri jugak. gambar candit pon ada jugak. sebenarnaya malas nak ready untuk posing, main snap2 jer.lol. 


Auto snap gambar kitorang
from left (Me, adik(shah), sham, Izzat)

Kata orang gambar ni dapat menceritakan banyak cerita, so tgk je la gambar2 ni....penat nak menaip dah nie...hehehe








I 








Kitorang decide nak pergi ke empangan air kuning kat dalam tu, ingatkan dekat…..punyalah jauh..huh. penat jugak mengayuh basikal. Jalannya bukannya rata…berbukit2. Kejap turun, kejap naik.memang menguji stamina empat kerat..lol. pepon berbaloi. Bila dah sampai kitorang pon relax la kat situ tgk2 ikan, ambil2 gambar. So bila kitorang dah puas lepak kenelah berangkat pulang. Bila difikirkan jalan balik..wooo jauh tuuuu.. mau bleh pengsan dibuatnya… rase tempat duduk basikal tu dah macam batang kayu pon ada. Hehehe. Xleh nak duduk dibuatnya. Sampai satu tahap kitorangpon terpaksa menyorong basikal sebab bukit tu tinggi sangat, mase turun syok je....bila balik…hanya tuhan je yang tau… munkin jugak sebab kitorang dah tak larat nak mengayuh lagi.













So selepas empangan air kuning nak ambil gambar pon dah penat. sampai sini je koleksi gambar2 kat bukit cerakah ni sebab dah tengahari. bila dah panas terik xbest jalan2 dan ditambah pulak dengan perut yang lapo....hehehe. Xhabis explore pon kawasan dalam tu....besar sangat. rumah empat musin pon xdapat masuk coz tgh dalam proses baik pulih katanya....klaw ada masa lapang yang lain memang nak pergi lagi.... adventure katekan.... yang penting enjoy.


-->sehz<--

0 comments:

Post a Comment