Social Icons

Pages

Wednesday, April 18, 2012

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat yang boleh dikatakan banyak kali jugak lah pergi. Pergi bukan untuk bercuti, tapi tempat kajian yang merupakan projek thesis. so sape2 yang xpernah pergi bolehlah pergi coz kat situ adalah kawasan percutian yang popular kat malaysia nie. banyak tempat menarik yang boleh korang kunjungi contohnya Ladang-ladang teh, Bunga, lebah, ladang sayur lagi banyak.sapa2 yang pergi ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai bolehlah singgah sebentar kat Lata Iskandar. kat situ ada air terjun n gerai2 cenderamata. nak mandi pon boleh tu pon kalau korang tahan sejuk lah.hehehe. 

Di Cameron Highlands sekarang ni dua masa je yang sejuk, satu disebelah pagi n satu lagi waktu malam. tghari dah tak sejuk lagi dah, sama macam tempat2 yang lain. tempat yang saya selalu menghabiskan masa semasa menjalankan kajian disana adalah ladang teh. kat sini pemandangan dari atas bukit adalah yang terbaik. lagi2 diwaktu pagi yang ada banyak kabus pagi. angin yang bertiup menusuk kedalam tulang..kekeke.biasanya pergi dalam kumpulan coz wat kerja pon mestilah berkumpulan untuk memudahkan kerja. n kalau nak enjoy pon xseronok enjoy sorang2, ye tak. kat bawah ni ada la gambar2 ladang teh pada waktu pagi. so nice...





Kalau nak diikutkan hati, sume gambar nak upload. tapi disebabkan gambar yang diambil mencecah ratusam gambar, so kene jugak pilih. so upload jugak gambar time kitorang membuat kajian disini.









soooo cool kan. ha so pe lagi, gi la Cameron Highlands dgn keluarga untuk percutian korang. lagi satu nak bagitau, kat Cameron Highlands ni kalau time2 cuti sekolah memang selalu jam. so kene plan betul2 sebelum pergi.



Tuesday, April 10, 2012

Membaca Komik


Bercakap tentang komik ni kan, macam-macam komik pernah dibaca. untuk seorang budak lelaki macam saya, sudah semestinya melayan komik seperti Naruto, Bleach, One piece, Fairy Tail n lain-lain lagi. so nak baca komik-komik ni mestila baca dalam bahasa orang putih kan...hehe coz bahasa melayu xde untuk komik-komik nie. N klw nak baca dalam bahasa asal pon mane la tau bahasa diorang. so bahasa english yang paling sesuai. klw orang tanya kenapa baca komik, leh la bagi alasan untuk improve bahasa english.lol. ayat standard ni. Sesetengah pendapat mengatakan baca kmik ni dapat release tension coz komik pon ada menunjukkan unsur2 lawak dan sebagainya. Ia juga membawa kita kedunia fantasi yang membuatkan kita excited. ada komik  action, adventure, romantik so bile dah follow cite komik ni, mestilah menunggu setiap keluarannya setiap minggu kan.hahaha. Ada orang xsuka baca komik coz pening tgk lukisan2 tu n ada yang prefer anime daripada komik. yela...komic tu xsume ada color kan... anime sume bercolor. xp anime punyer cite lambat berbanding cerita didalam komik. n kadang2 dalam anime jalan ceritanya berubah sikit. ada yang ditambah2. dengan erti kata lain xikut jalan sebenar cerita dalam komik. so sape2 yang xsabar ape yang berlaku dalam anime leh la baca komiknya.






Banyak lagi komik online yang boleh kita baca, so sape nak improve bahasa english leh la baca komik online.hehehe. pilih la komik mane yang korang suka. yang penting kita enjoy ok. so ada dua tiga website yang boleh korang search diantaranya: www.mangafox.com , www.mangareader.com, www.mangahere.com. search je mesti jumpa. selamat membaca.



Monday, April 9, 2012

Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah)


First cite yang nak tulis adalah tentang lawatan ke bukit cerakah bersama member2 rumah sewa dan juga adik sendiri pada tahun lepas. Xdelah jauh sangat bukit cerakah daripada rumah kitorang, Cuma 10 minit je naik motorsikal. kami semua bangun pagi seawal yang mungkin, xde prepare ape2 pon.haha. matahari baru nak kuar n cuaca nampak baik ari tu.


VIew daripada Pangsapuri Baiduri

Kitorang pergi berempat dan hanya berempat.lol. Tempat kitorang nak tuju ni nama rasminya Taman Botani Negara Shah Alam xp kitorang panggil bukit cerakah je, senangkan. Nak tau apa ada kat sini bleh check web rasmi diorang http://www.tbnsa.gov.my. Banyak aktiviti2 lain yang diorang sediakan seperti untuk lawatan pelajar2 sekolah, jungle tracking, paintball, memancing, rumah 4 musim, berkhemah, beriadah dan banyak lagi. sape2 yang xpernah pergi leh check sendiri n bawaklah family n kawan2 guaranty best.  Bas pon diorang sediakan untuk ronda2 makan angin dalam tu. Disebabkan kitorang ni lelaki, nak tunjuk macho la kan dengan awek2s kat situ, so kitorang pon sewa lah basikal dengan kad pengenalan sebagai cagaran. Lepas pakai baru bayar, caj ikut jam. kitorang pergi hari sabtu, ingatkan xlah ramai orang xp disebabkan hujung minggu, ramai la budak2 sekolah datang dengan menaiki bas. So nak xnak kitorang dah sampai, kenelah masuk. Nak sewa basikal pon beratur panjang. Ada la dalam setengah jam sebelum kitorang memulakan perjalanan. Mula2 tu memang rase excited coz dah lama xpergi. Pegi tengok burung, kura2, kuda n banyak lagi.





So sambil2 ambil gambar binatang2 yang ada kitorang pon snap la gambar sendiri jugak. gambar candit pon ada jugak. sebenarnaya malas nak ready untuk posing, main snap2 jer.lol. 


Auto snap gambar kitorang
from left (Me, adik(shah), sham, Izzat)

Kata orang gambar ni dapat menceritakan banyak cerita, so tgk je la gambar2 ni....penat nak menaip dah nie...hehehe








I 








Kitorang decide nak pergi ke empangan air kuning kat dalam tu, ingatkan dekat…..punyalah jauh..huh. penat jugak mengayuh basikal. Jalannya bukannya rata…berbukit2. Kejap turun, kejap naik.memang menguji stamina empat kerat..lol. pepon berbaloi. Bila dah sampai kitorang pon relax la kat situ tgk2 ikan, ambil2 gambar. So bila kitorang dah puas lepak kenelah berangkat pulang. Bila difikirkan jalan balik..wooo jauh tuuuu.. mau bleh pengsan dibuatnya… rase tempat duduk basikal tu dah macam batang kayu pon ada. Hehehe. Xleh nak duduk dibuatnya. Sampai satu tahap kitorangpon terpaksa menyorong basikal sebab bukit tu tinggi sangat, mase turun syok je....bila balik…hanya tuhan je yang tau… munkin jugak sebab kitorang dah tak larat nak mengayuh lagi.













So selepas empangan air kuning nak ambil gambar pon dah penat. sampai sini je koleksi gambar2 kat bukit cerakah ni sebab dah tengahari. bila dah panas terik xbest jalan2 dan ditambah pulak dengan perut yang lapo....hehehe. Xhabis explore pon kawasan dalam tu....besar sangat. rumah empat musin pon xdapat masuk coz tgh dalam proses baik pulih katanya....klaw ada masa lapang yang lain memang nak pergi lagi.... adventure katekan.... yang penting enjoy.


-->sehz<--

Salam Blog

Salam pagi.
Lama sudah tidak menulis didalam blog, so tetibe ada mood nak wat blog baru tp tu pon dah lama tak mula2. apa nak tulis dalam blog ni agaknya. Bila check dalam komputer, banyak pulak gambar2 yang tersimpan yang ntah bila tarikhnya. So dapat idea nak upload gambar2 ni dalam blog untuk buat kenangan. then try recall2 gambar yang dah tak ingat.LOL. yang penting xnak susah2kan diri. enjoykan diri sendiri je la.....
Note: jam kat dinding dah kul 1.08 pagi......


Bila dah Pagi ni, rase sejuk pagi la....baru lepas hujan kat shah alam ni..kalau tido pon best..lol. selamat malam kepada yang dah tido n yang tertido...